Dilea Open Tuisyen Rakyat Bahasa Inggeris Tingkatan 4
21 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Bahasa Inggeris Tingkatan 4 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru Bahasa Inggeris. Pelajar dibekalkan nota yang boleh diakses melalui portal Dilea. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru Bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat juga sesi soal jawab antara peserta dan guru bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik matapelajaran Bahasa Inggeris Setelah tamat sesi pembelajaran, peserta perlu menanda kehadiran melalui portal Dilea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: